Thursday, January 14, 2010

Family Gathering

Sempena cuti Krismas yang lepas 25-27 Dec 2009 kami sekeluarga (Abg De,Kak De & Siti Damia xdapat join sbb Abg De kena duty..Xpe2..kita jumpa di Gathering seterusnya..Hhee) dengan gembiranya bercuti ke Kuantan. Antara aktiviti-aktiviti yg sangat menarik;D pada percutian tersebut:

25 Dec
Tghari-Ketibaan rombongan daripada KL(Abg Ngah & family,Me&Dik Ain),Jelebu(Kak Ila & Family)
Makan tengahari yg begitu superb dan menyelerakan disediakan utk kami semua oleh Kak Long.. Thank you Abg Long & Family;-)
Petang-Aktiviti main layang-layang kat Pantai Batu Hitam (Black Stone)
Malam-Ketibaan rombongan dari Sg Koyan(Abah,Mak,Abg Asri,Kak Mek & Hadi-tggu kat Temerloh sbb dia gi rumah kwn dia dlu) trus menuju ke Seafood kat Tanjung Lumpur.


26 Dec
Pagi-Aktiviti utama:Mandi-manda di Bukit Gambang Resort City.
Malam-BBQ

27 Dec
Semua berangkat pulang ke destinasi masing-masing.. Selamat Tinggal Kuantan!!!;D

#Gambar mandi-manda di Gambang Waterpark akan diupload kemudian(kena mintak kat Kak Ila..hehe)


Irdina: MakJang,cepat le amik gambar Dina ni nak upload kat facebook nanti..
Batrisya: Tisya pon nak jugak MakJang.. Jgn lupa tag Tisya sekali kt facebook tau.


Haziq: Pak Teh, tolong Ajiq.. layang-layang Ajiq ni cam nak jatuh je..
IR Pak Teh: Adoi Ajiq.. Tiba2 sakit pulak dada Pak Teh ni.. Xdapek den nak nolong..


Sultan Adib Haikal: Cepat2.. Beta dah tak sabar ni nak main layang-layang di pantai yg sungguh indah dan permai ni..
Temenggung Nahar: Baik Tuanku.. Hamba menurut perintah.
Laksamana Najmi: Tuanku,hamba cadangkan agar Tuanku bersiar-siar sambil bermain bola di pantai ni sementara hamba berdua menyiapkan layang-layang ni Tuanku..
Sultan Adib Haikal: Hmm.. Baiklah.. Beta nak pergi main bola biru kegemaran beta dlu sambil menyanyi lagu peberet Tok Aki... Di tepi pantai yang indah.. Lalalalala~~~~


Pak Ngah: Okay ye.. Harini Pak Ngah nak tunjuk cara-cara nak lilitkan benang..tengok..jangan x tengok..
Aliya:Wahh.. kagum btul tengok Pak Ngah lilit benang.. Pasni bg Aliya wat pulak ek Pak Ngah.



Si Kacak Adib
: Korang~~~ Tggu.. Adib pon nak join gak bergambo...
Si Cantik Aliya: Abg Adib, cepat lah.. Aliya dah xlarat nak tahan nafas ni(nak bg perut nampak ramping).
Si Jelita Tisya: Yela.. cepat la Abg Adib.. Dah nak cair lipstik Tisya ni..
Si Rupawan Irdina: Adeh..cepatlah Adib.. Dina xlarat dah nak control senyum yang paling menawan ni..

1 comment: